Blogger Widgets ALLAH ItU DeKaT ( ^^, ): 2012

Tuesday 16 October 2012

SUICIDE- is it a trend?

Assalamualaikum


Just now I come across one article, and mainly discussing about SUICIDE among teenagers nowadays. I don't want to judged them badly because I'm not in their shoes and felt how depressed they are that moment then lead them to commit suicide, even for me that's not a brilliant ideas about solving problem arising and surely SCARY!

I read so many articles before about this, but the one that grab my attention so far the case of Amanda Todd, a Canadian teenagers, what a pretty young of 16 years ages. She commit suicide after being depressed for 3 years. Yeah, through the story that I read, she did mistakes before for trusting unknown strangers and do immoral thing that a person should not do that, logically.

But, being a human, we have law of humanity to respect others and give forgiveness as all human do mistakes. Don't judge people badly as you as human also not perfect. Back to main topics to be discussed, is it a trend for people to commit suicide as the data shows the increase in statistics every years. Why people seems happy to die young?

Problem keep haunting you every moments and you actually cannot run for this. Some get involve in critical love problem then when they cannot solve it, they better die for it. That's a silly thinking and shows a lower  IQ level of thinking, as the genius one might not be a servant of love and they able to handle this nicely. 

STRESS always be a guidance for someone having a short thinking and often drives them to do stupid things, for example commit suicide. People around should consider about uncommon behavior of their friends.If they get problem,then try to be at their side to support and help them to get rid of that STRESSful moments. 

So, I hope later on, more people will respect their life and not easily to cut the breath when they're in stressful condition. Hope this will not be a trend for next youngster generations. As Muslim  ISLAM  shows the right ways to solve problem and manage the life properly. We have ALLAH to seek for help in our dua' 5 times a day.  Keep remembering ALLAH all the time, you will reach the top level of calm.. Trust me. 

.nO mAttEr WhAt HaPPeN be wise to overcome it.







Tuesday 18 September 2012

Al-Kisah Alam Degree

Assalamualaikum

Pada 1 September kan semua dah start daftar degree. Memang lepas daftar tu dah start orientasi Universiti untuk satu minggu. Alhamdulillah, saya dapat stay dekat kolej time asasi dahulu. KOLEJ 13... Hehe

Mula-mula daftar, agak rasa macam kekok sebab masuk-masuk je tengok semua adik-adik asasi. Angkat barang pula sangat la berat sebab nak kena angkut bawa naik tingkat empat. Memang la kalau nak kira tak de la tinggi mana, KLCC lagi tinggi apa...baru empat tingkat. Tapi dalam keadaan cuaca yang panas ( tengah hari ) dan kedudukan blok H yang berada paling hujung bangunan tu, agak teruji stamina dan kesabaran.




rasa macam bangunan tuhhhh sangat la TINNNNGIIIII!!!! heheeheheee

Time orientasi..ermmm nak cerita panjang-panjang pun sama je la aktiviti kan bila namanya orientasi kan. semua rasanya pernah alami alam orientasi nih. cuma satu yang kelainan sedikit untuk kali ini, ada banyak kolej dan kami lawan cheer dalam dewan besar antara kolej-kolej. Semua kolej dekat UPM ni ada 17 kolej kan, so, bayangkan dalam dewan besar tu macam mana situasinya. Gempak sangat rasa..

paling Best bila kami nyanyi :

'' Tepi sikit..tepi sikit...tepi sikit THIRTEEN LALU... tepi sikit thirteen lalu... tepi sikit..tepi sikit..''

'' Ceng..ce ke cheng... ceng..cenggg...ce ke ceng..ceng.. HAMBAR ''

'' Up on my head..up x2 ... KOLEJ 13
Deep in my heart..up x2... KOLEJ 13
     Down on my knees.. up x2.... KOLEJ 13 ''

Dan ada juga dianjurkan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu masa banjir di SERI SERDANG. So, kami jadi sukarelawan disana.. 


Ni la antara sukarelawan ke SMK seri serdang

Kawan-kawan tersayang <3

Nazri Misrom MTM kebajikan dan sukarelawan yang lain

Tak berakhir setakat itu saja, kami juga ada buat persembahan koir sempena kemerdekaan. Best bila pasukan  koir kami yang terdiri daripada pelbagai bahasa, nyanyikan lagu satu malaysia dengan penuh semangat sampai satu dewan ikut sama nyanyi. Memang betul-betul rasa satu malaysia time tuh. Kami juga nyanyikan lagu dalam versi Cina dan India sekali. huhu Happy = )

The last day, orientasi... kami adakan sedikit jamuan makan-makan. Lauk sedap malam tuhhh..hehe makan agak banyak sampai kenyang...


Tapi..... makan mestilah sampai kenyang kan ...kan.. hehe

Itulah sedikit sebanyak Al-kisah di alam degree.. banyak lagi sebenarnya nak kongsi. Tapi tak tahu macam mana nak mula. Hm...lain kali je la ye... = )

Tuesday 21 August 2012

Tanda Amalan Diterima Allah

Assalamualaikum

Apa saja yang kita buat dalam hidup ni, kita nak Allah redha kan? Dari sekecil-kecil amalan, hinggalah sebesar-besar perbuatan yang kita buat Allah maha mengetahui segalanya. Sudah pasti kita mahukan amalan kita DITERIMA ALLAH. Itulah harapan yang paling besar dalam hidup kita sementara di atas dunia ni. Kita menantikan balasan yang baik kelak, dihari perhitungan saat semua amalan kita yang diterima Allah akan ditimbang. Ini menjadi penentuan tempat yang selayaknya bagi kita atas amal perbuatan kita dulu.

Contohnya, dalam beribadat kepada Allah, seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.

Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.


Sunday 12 August 2012

Formula Bersahabat


Assalamualaikum

~ Insan juga sering mencari nahas semasa bersahabat dengan membuat perbandingan:-

1. ' Siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa '. Mungkin betul. Mungkin tidak. Anda pernah terfikir? Tanya hati. :)

2. Mengungkit perkara yang lepas-lepas kerana ada perasaan marah, tersinggung, tidak berpuas hati. Mungkin. Tanya hati. :)

3. Menuduh membuat komen kerana mainan minda dan bersangka buruk diri sendiri tanpa usul periksa dahulu. Mungkin.

4. Lupa pada waktu gembira bersama apabila berdepan dengan perbezaan pendapat.. Mungkin.

5. Memperbesarkan kesilapan sahabat. Mungkin.

6. Memperkecilkan dan memperlekehkan usaha sahabat. Mungkin.

7. Ego yang tinggi dan merasakan diri betul dan kawan sentiasa silap. Tanya hati.

8. Terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat.

9. Jika ada perbezaan umur, yang tua selalu merasakan dirinya lebih besar daripada yang muda. Jadinya, timbullah perbalahan itu. Mungkin.

10. Cara percakapan, menaip kata-kata di alam maya yang dibaca dengan emosi berlainan.

Bukan mudah untuk dielakkan, tapi petuanya mudah - Sahabat adalah kurniaan Allah, hargainya selagi dia masih ada. Nanti menyesal.

Apabila merasa marah, bayangkan esok adalah hari terakhir, dan tanya diri adakah berbaloi perkara yang kita marah itu kepada dia yang bergelar sahabat?

~ Senyum. Husnudzon.
~ Ukhwah fillah abadan abada ~


SePtEmBer is COMING!

Assalamualaikum

Bila tengok kalendar sebentar tadi, '' Haiya.. dah 13 ogos ka?'' . Tak lama lagi nak sambung belajar balik. My life in UPM begin again.  Tak happy ke kat sana? Tak..tak.. happy je. cuma masa berlalu memang sangat pantas sampai saya sendiri tak sedar yang dah tiga bulan goyang kaki kat rumah. Goyang kaki? Aha.. saya tak kerja. Bunyi macam teruk kan... =,='' 

Sekarang bila degree dah nak start, banyak benda nak uruskan. Really..sampai saya naik pening dan keliru. semua bercakap sal PTPTN, JPA, YPM, biasiswa sana sini. Pening..pening..pening...

But,dalam kesibukan tersebut, I realise something.. I used not to be like before as some part of the work I manage to handle by myself instead of waiting for others to settle it down for me one by one. 

Bila september dah dekat rasa macam sedih ja pula, even raya dah dekat. Tak terasa pula bahang nak raya tu.. sebab banyak benda nak settle sebelum raya.. Kan after raya, cuti pula panjang.. banyak pejabat tutup la segala-bagai. Lagi teruk nak uruskan segala benda yang tak ter'settle lagi.

Lepas je raya, dah nak bertolak ke Selangor. Lambat la pula nak balik kan.. Haish, kelas belum start dah nak bincang fasal cuti. ini la gaya anak muda sekarang kan... hehe

Tapi apapun, dikesempatan yang ada dibalik kesibukan yang melanda, izinkan saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan Maaf Zahir dan Batin ya.. Bulan di penghujung ramadhan ni jangan abaikan, banyak pahala yang boleh dikutip terutama sekali burulah malam Al-qadr ( lailatul qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam yang penuh berkah dan malam turunnya Al-quran yang mulia ini.. = )


Yang Patah Tumbuh, yang Hilang Berganti

Assalamualaikum

Lebih kurang dua minggu yang lepas, Kucing saya yang mesra dengan panggilan kecik ( saiznya yang kecil dan comel) pergi... ( meninggal-dunia ). Apa asbabnya, kami sendiri tak tahu, cuma bolehlah dikatakan dia kurang sihat la. Tapi tak adalah sampai lembik teruk sangat dan kepergiannya sungguh kami tak sangka.

Keluarga saya sememangnya penggemar kucing. Ayah dan umi sangat sayangkan kucing termasuklah adik -beradik saya yang lain juga. Kucing kami anggap sebahagian daripada keluarga kami. Rasa macam satu kehilangan bila tiada. Kepergian kecik bukan pengalaman pertama kami alami, tapi boleh dikatakan sangat memilukan juga la walau kalau nak dihitung.. baru je kami ambil bela dia.

Mula-mula ambil bela kecik sebab kecik seiras wajah Citam. Citam kami dah bela dia selama lapan tahun, tu pun warisan turun- temurun anak kepada kucing kami yang ibunya kami beri nama putih. sebelum ni Citam ada 3 ekor saudara lain yang kami namakan Ciki, Cumi dan Ciro. Hayat 3 ekor kucing tu tak lama. Kini, tinggal Citam yang dah berpangkat nenek dalam keluaga kami dan tak berzuriat. hehe..

Kecik kami anggap anak angkat kepada citam. Mula-mula citam tak boleh terima kehadiran Kecik. Biasalah bukan dari keturunan dia. Tapi, lama-lama dia mula baik dan boleh baring-baring atas katil sekali. Hehe.. comel sangat. Dua-dua warna hitam. Bila tutup lampu, langsung tak nampak. Pernah sekali saya terduduk atas mereka.. Ops, tak sengaja... = )

Bila kecik dah tak ada, memang la agak terasa. The day kami tengok sekujur tubuh terkulai.. semua menangis. Including my lovely ummi. Ayah balik tengok kucing dah tak ada.. diam je dia. Adik saya.. asyik buka gambar kecik yang dia save dalam handset dia. My little sister crying and ask my dad to bring the cat alive.. Haha. Mana boleh kan. But, budak kecik apa tahu .. Me? Terasa gelap je masa tuh.. but I'm not crying sebab dah tahu setiap yang hidup pasti akan mati jua.. but inside my heart.... sedih juga!

Lepas kehilangan Kecik, one day.. adik saya yang bongsu tu bawa balik something , bila saya tengok balik.. Ahaks!

anak kucing.. tak tahu la mana dia jumpa. Kucing Jiran saya.. but, tuan dia tak nak bela. Tak terjaga mungkin. so, kucing dia berkeliaran kat rumah orang. Ayah saya mandikan kucing tu dengan syampu.. sekarang jumlah yang ada 4 ekor semua saudara seibu kucing tersebut. Kami bela semuanya.. Nama mereka, mega, giga, Oren dan Tompok. Haha

Yang hilang telah berganti. But, pastinya yang berganti tak sama dengan yang hilang kan... But, saya sayang semua kucing-kucing saya.. 






Wednesday 1 August 2012

Sebagai sahabat, saya bangga

KISAH: HIJRAH



Saya ada kisah tentang seorang sahabat saya. Saya kenal dia... katakanlah namanya A. Saya kenal A sewaktu saya masuk Asasi di UPM. Apa yang saya mula-mula ingat peristiwa bertemu dengannya sewaktu sesi orientasi pelajar baru di dewan Besar kolej 13. A ni seorang chinese-muslim. Waktu sesi orientasi, semua tak sangka yang dia muslim memandangkan dia berada dalam satu kumpulan pelajar chinese yang lain. Dia yang betulkan tanggapan salah orang ramai, '' saya chinese.. chinese muslim. '' 

Tak sangka, selepas itu kami sekelas. Dia pula ditempatkan sebilik dengan pelajar muslim, jadi boleh dikatakan pergaulan dia juga seharian banyak dihabiskan dengan muslimah yang lain juga. Dia agak rancak berbual dan sangat peramah. Kami semua sangat senang dengan A dan sayangkan dia. 

Masuk ke SEM akhir asasi, saya kerap kali terserempak dengan A di surau. Sebelum ni, A lebih gemar solat dibilik berbanding turun ke surau. A banyak membelek-belek buku agama, dan bertanya tentang apa yang dia kurang faham tentang hukum dalam Islam dari para sahabiah yang lain. Kadang-kadang A sambil berseloroh mengenakan tudung dan jubah. Sangat ayu sekali. Alangkah baiknya jika A menjadikan semua tu satu realiti. Jauh disudut hati kadang-kadang berharap sedemikian.

Kami semua tamat asasi, tiba-tiba... kami menerima satu khabar gembira. A benar-benar meneruskan niatnya untuk bertudung sepenuh masa. Alhamdulillah.. Bila Allah ingin menyentuh hati seseorang hamba dengan hidayahnya, Dia akan melembutkan hati hambanya supaya tertarik untuk lebih dekat kepadanya. A lebih menjaga penampilan dan sangat mementingkan soal aurat sekarang. 

Kata A : Dulu memang dia tidak mementingkan soal aurat, tapi sebagai seorang islam ( muslim ) dia seakan berperang dengan diri sendiri, melawan sebuah kenyataan kehidupan. Dia muslim tetapi enggan menurut perintah dan suruhan Allah. Kini, bila dia berhijab dan menutup aurat dengan sempurna, bila dia melihat orang lain mendedahkan aurat...dia rasa malu. Macam tu ke orang pandang aku dulu. sebagaimana dulu dia tak endah akan pandangan orang lain tatkala dia tak berhijab, kini dia juga tak kisah akan pandangan orang lain atas tindakan dia untuk berhijab. InsyaAllah kekal.

Asal niat A ingin berhijab waktu dia dah habis belajar, maksudnya Alam pekerjaan. Alhamdulillah Allah permudahkan dan per'awalkan niat dia. Bagaimana pula kita? sudahkah kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi, saban hari ramai yang saya dengar telah membuat perubahan dan penghijrahan ke arah yang lebih baik.. satu permulaan dan khabar yang amat mengembirakan kita semua. 

Melihat penghijrahan ke atas sahabat-sahabat kita..ayuhlah kita perbaiki dan koreksi diri kita pula.. semoga kita menjadi muslimah yang diredhai Allah.. InsyaAllah.. Aamiin.. ~


Tuesday 31 July 2012

Hakikat Dukacita

Hakikat Ujian Hidup

Dalam hidup ni, siapa yang tak pernah merasai dukacita? Pelik la kalau ada yang mengaku dia hidup tanpa sekali pun terasa perit dengan dugaan kehidupan. Ramai yang mengeluh bila diri dilanda kesedihan. Ada yang merasakan bahawa dengan mengakhirkan hayat didunia, adalah penyelesaian kepada permasalahan yang melanda. Ya, mereka berfikiran cara begitu akan menamatkan sengsara yang ditanggung, tapi mereka tak pernah terfikir bahawa mereka sedang menempatkan diri mereka dengan kemurkaan Allah dan kesengsaraan yang lebih pedih lagi menanti sebagai balasan atas perbuatan mereka di dunia di akhirat kelak. 

Siapa suka hidup berduka cita.. Ya, siapa suka kan.. 

Apakah kita ada kuasa nak menghalang kesedihan yang mendatang? Apa kita ada jalan keluar yang lebih hebat mengatasi takdir Allah? Kita hakikatnya hanyalah seorang hamba yang sememangnya dihidupkan didunia untuk diuji tahap keimanan dan ketulusan kita sebagai seorang hamba yang taat akan penciptanya. Jadi mengapa memberontak?? Hadapi ujian dengan penuh kesabaran, ketabahan dan berbaik sangka dengan Allah. 

Apa Allah campakkan dukacita dalam hidup kita sebagai permainan sia-sia? supaya kita bersedih dan berada dalam kelemahan? Sudah tentu tidak sahabatku sekalian. Cubalah menerima takdir dengan pandangan yang positif dan bermuhasabahlah. Ujian yang Allah timpakan keatas kita, banyak memberi pengajaran dan peringatan yang berguna. Cubalah kita renungkan dan mencari hikmah atas persoalan kehidupan yang melanda.

Allah memberi kita cubaan, malah dia memberi jalan keluar kepada kita jua daripada masalah tersebut. Kadang- kadang diwaktu senang, kita terlupa untuk bersyukur atas nikmat kesenangan yang Allah berikan setelah kita bebas dari ujian tersebut. Kitalah hamba yang tidak tahu bersyukur dan hanya Ingat Allah diwaktu susah sahaja.. Diwaktu kita leka, ALLAH berikan kita ujian, supaya kita kembali kepadanya. Betapa Allah kasih kepada kita seorang hamba yang kadang-kadang melupainya. 

Jadi, hakikat dukacita tersebut bukanlah hanya kesdihan dan musibah kehidupan sahaja. Tapi. dukacita itu juga sebuah takdir yang indah, dimana salah satu dari cara Allah ingin menarik kita kembali kepadanya daripada tersasar kepada jalan yang salah. Hakikatnya, Allah sangat sayangkan Kita.. = )

Monday 16 July 2012

DuniA Baru ^^

Assalamualaikum

Apa khabar? Hehe.. Result Degree UPM jujurnya dah keluar. Mungkin lewat sehari dari keluarnya result UPU Pelajar-pelajar matriks dan asasi Universiti lain. Well, So Far.. Alhamdulillah.

Memang, aku xdapat apa yang aku rancang dan harapkan. Tapi Aku yakin yang Allah sedang memberi pilihan yang paling terbaik  untuk aku. Paling tidak Allah masih memberi sesuatu dalam list pilihan yang aku buat dan masih memberi jalan kepadaku kepada minat aku. Kalau pun jalan tu tak semudah yang aku impikan dulu, Sudah pasti perjalanan itu  kelak sangat menarik... so, xde point kenapa aku nak bersedih. 

Kata orang, sejak dulu lagi... Hidup aku ni sedih je. Kawan-kawan dapat jalan mudah je nak follow up their dream. Aku, banyak halangan dan berliku.. Hey, disepanjang perjalanan banyak benda yang kita boleh belajar kan. Jangan fikir singkat. Yang penting, sekarang aku dapat view..betapa menarik dan mencabarnya kos yang akan aku pikul. 

Aku harap aku dapat lari dari kimia sebab takut sangat dengan subjek Tu. Rupanya Allah nak aku jadi berani, dia tak bagi aku lari..sebaliknya hadapinya. Aku tersenyum sorang-sorang bila fikirkan balik, Hey... Biochemistry.. Jom kIta Lawan !!




Friday 6 July 2012

Jadilah Hamba Yang Bersyukur



Sahabat, Kenapa ya, dikatakan dunia ni sekadar persinggahan ? Jika hendak  dihitung waktu kita  didunia, dan waktu yang bakal kita tempuhi sekembalinya kita ke alam sana nanti betapa besarnya jurang perbezaannya, kan? Mana tidaknya, ada pendapat masyur yang mengatakan sehari kita di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Sehari didunia saja, tidak siapa yang rela menanggung penyiksaan, apatah lagi beribu tahun, anda sanggup?? Tentu cepat saja yang mengeleng kan? = )

Jadi wajarlah jika kita kata dunia ni sekadar persinggahan . Kita singgah sebentar saja untuk diuji. seolah-olah hari ini kita menimba ilmu, menelaah siang malam dan malamnya kita akan masuk dewan ujian. Dalam ujian kita diuji dengan pelbagai macam bentuk soalan. Mungkin kita akan buat banyak kesilapan jika kurang persediaan sebelumya. Tiba-tiba, tak sampai dua jam,  pengawas peperiksaan memberi arahan yang waktu menjawab telah selesai. Tak kira betapa pun alasan kita berikan, pengawas tetap akur menjalankan tugasnya.

 Dan kita mungkin saat tu baru tersedar untuk mengenang nasib sendiri. Sesal dengan kesilapan lampau, tapi semua telah terlambat. Dunia yang pantas berlalu ibaratkan waktu sebentar cuma yang kita habiskan untuk menelaah dan malamnya diuji sekadar beberapa jam saja. Tapi betapa pesona dunia yang melalaikan kita, sehingga kita lupa bahawa kita juga bakal diuji. Tanpa persediaan rapi kita melangkah dan kemudiannya terkapai-kapai lemas sendirian dengan godaan dunia.

Beginilah kita sahabatku, Kita terlalu asyik dengan dunia sehingga kita lupa yang suatu hari nanti kita akan mati. Kita terlalu banyak ketawa sehingga kita lupa yang suatu hari nanti kita akan menangis. Kita terlalu banyak memasang impian duniawi sehingga kita terlupa apa yang kita kejar selama ini tidak akan berkekalan.  Kita juga terlalu takut dan bergantung dengan manusia sehingga kita mungkin terlupa, mereka hakikatnya juga hamba seperti kita. Inilah kita, insan lemah bergelar manusia yang sering terlupa dan terlalu memikirkan soal dunia.

Dan mengapa begitu sukar untuk kita menjadi seorang hamba yang tahu bersyukur dan kurang merungut dengan banyaknya nikmat yang telah Allah kurniaan. Sehingga kalau nak menghitung nescaya kita gagal berbuat demikian. Walhal, nikmat tangan menulis sekarang dan mata memandang juga masih pinjamanNya.
Laluilah kehidupan kita pada hari ini yang masih tersisa dan entah bila akan bertemu noktahnya dengan kebaikan, nescaya kita akan kurang keingginan untuk membuat kejahatan. Walau susah mana kehidupan yang melanda, cubalah sedaya mungkin untuk mengukir senyuman dan bersabar. Berusahalah dan berdoalah supaya Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik. InsyaAllah, Allah pasti akan mengurniakan ganjaran pahala yang besar atas berkat kesabaran kita.

Ada pula yang bertanya:

Apakah seharusnya kita terus meninggalkan dunia? Kita tumpukan saja amal kita menghadapi akhirat sana?

Firman Allah
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahgiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia*;dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat yang melimpah2); dan janganlah engkau membuat kerosakan dimuka bumi,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang membuat kerosakan**."(surah Al Qasas:77)


( Yakni berusahalah mencari-dengan harta kekayaan yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepadamu itu-dengan mengerjakan amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan membawa keselamatan dan kebahgiaan pada hari akhirat kelak.Dalam pada itu jangan pula engkau melupakan bahagianmu dalam dunia untuk merasai kesenangannya yang halal sebelum dapat menikmati kesenangan yang kekal diakhirat.Bantulah orang2 yang memerlukan bantuan dengan perantaraan harta kekayaan dan pangkat serta pengaruh yang dikurniakan Allah kepadamu,dan janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan masyarakat,kerana yang demikian dimurkai oleh Allah SWT. )

Dari firman Allah diatas jelas menyuruh kita supaya menyeimbangkan keduanya, bukannya bermaksud membuang dunia secara total. Oleh itu, ita rujuk kembali kisah kehidupan Baginda dengan para sahabat dan salaffusoleh . Kita mesti jadikan sifat kehidupan mereka sebagai  panduan untuk kita jalani kehidupan kita sekarang.

Dunia benar-benar dikorbankan untuk akhirat oleh Rasulullah SAW, bukannya dunia dipisahkan dari akhirat. Adapun maksud Rasulullah menyuruh kita bersederhana itu ialah supaya kita tidak samakan urusan dunia dengan akhirat. Untuk dunia biar padan dengan umur dunia yang tidak kekal.Dan untuk akhirat biar sepadan pula dengan umur akhirat yang kekal itu.Janganlah disamakan.

Pernah saya terbaca, seseorang memberi pandangan seandainya diberikan ukuran berapa banyak yang akan dia ambil antara keduanya. Baginya 60 % untuk akhirat dan 40 % untuk dunia. Sebagai contoh jika ada dua kerja yang hendak dilakukan, satu kerja kecil dan satu kerja besar. Sudah tentu lebih akan diberikan lebih tenaga kepada kerja yang lebih besar. Allah dan Rasulullah suruh kita rebut dunia bukan untuk kepentingan peribadi kita, tetapi untuk islam.

Tetapi Perlu diingatkan, kerja-kerja  dunia juga boleh dibuat saham untuk akhirat.macam mana? Hanya 1 saja caranya, iaitu nawaitu. Niat kerana Allah, untuk beribadat keranaNya. Insya Allah apa saja gerak kerja kita,semuanya mendapat pahala. Insya Allah.

Wednesday 4 July 2012

Apabila kebenaran disitu, Teruskan Melangkah=)


Dalam kehidupan kita akan berdepan dengan pelbagai konflik dan kadang-kadang kita sendiri akan rasa tertekan untuk membuat pilihan dan keputusan. Seperti biasa, jika terpampang dua jalan yang bercabang dan memerlukan gerak hati membuat pilihan, Pilihlah antara dua satu daripadanya yang akan membuat kita lebih dekat dengan Sang Maha Pencipta. Mohonlah petuntuk dariNya agar diberi pilihan tepat bila kita nak ambil sesuatu keputusan tuh.. = )

Setelah kita yakin, pilihan yang kita buat tuh dah betul dan memang berdirinya kita atas paksi kebenaran, tutup telingga dan teruskan berjalan maju kedepan. Kadang-kadang orang sekeliling tidak senang dengan keputusan kita. Maklumlah setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai sesuatu masalah tu. Jadi kita yang kena kuat semangat sebab yang nak menjalankan kehidupan seterusnya ialah kita bukan mereka walhal mereka banyak memberi sumbangan idea, kadang-kadang berhenti setakat itu sahaja.

 Jadi maksudnya kita perlu menolak pendapat orang lain dan bergantung 100% atas kehendak diri?

Tidaklah begitu maksudnya. Kita boleh dengar pendapat orang lain, nilai baik-baik tentang baik buruk perkara yang diketengahkan oleh mereka, tetapi janganlah menaruh sepenuh harapan dan bertindak mengikut telunjuk mereka saja. Kita juga perlu menilai dan keputusan terletak di tangan kita bukan orang lain. 

Ada juga orang yang takut untuk membuat keputusan sebab mereka kurang yakin untuk menghadapi risiko mendatang. Jadi, apa saja pandangan yang dilontarkan kepada mereka, Mereka akan patuh dan terima bulat-bulat. Apabila ada saja sesuatu yang tidak kena kelak, mereka akan point- tangan menyalahkan orang lain atas pandangan yang pernah mereka berikan. Itu sikap yang tidak baik, kawan-kawan.     

Begitu juga situasi orang yang ingin melakukan perubahan dalam hidup. Kalau takut kepada pandangan masyarakat, anda memang tak kemana la. Cuba bagitau, macam mana nak tutup mulut berbilion manusia ni?? Memang tak berganjak la anda yep, kekal di tampuk lama selamanya la. so, kalau ada temui kebenaran di situ, Janga berpaling lagi. Take the steps and move!   




Berkorban Demi Cinta

CINTA. Manusia boleh jadi macam-macam kerana Cinta kan? Ada yang sanggup menjadi hamba cinta dan begitu taat kepada apa yang dicintainya. Gambaran cinta sebenarnya cukup indah dan amat luas. Tetapi manusialah juga yang menyempitkan maksud cinta, malah sanggup mengotorinya demi kepentingan diri sendiri. Ya, Cinta itu tidak buta, Tetapi manusialah yang membutakan cinta sebenarnya. 

Ada maksud cinta yang cukup indah dipetik daripada Filem Ketika Cinta Bertasbih :
Ketika Mbak Husna, ditanya tentang cinta:


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis menjadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sehat,
Mengubah kikir jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibah.
Itulah cinta…!


Subhanallah, cukup indah sekali kan tafsiran cinta, kerana hakikatnya cinta akan merubah sesuatu kepada kebaikan. Lihat betapa kuatnya kuasa cinta. Apa itu sebenarnya cinta Ya, sehingga CINTA dikatakan boleh mengubah segalanya.  Kalau kita bertanya kepada Encik Wiki tentu sekali panjang huraian tentang cinta sehingga kadang-kadang kita pun naik keliru kan. = )

Lahirnya pelbagai tafsiran tetang cinta dan berbeza di setiap pandangan insan. Bagi saya, cinta itu Al-Muhabbah, iaitu kasih sayang. Kerana cinta seseorang berkecenderungan menyerahkan diri, nyawa, dan harta terhadap apa yang dicintainya. Mereka sanggup menjadi hamba terhadap apa yang dicintaiNya. Begitulah keagungan cinta seorang hamba kepada penciptanya. 

Tetapi, ada manusia yang menjadikan cinta itu sebagai Hawa, iaitu gabungan Hasrat, Nafsu dan keingginan. 
Hawa juga antara istilah cinta daripada 50 yang disebut Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Seringkali hawa dikaitkan dengan cinta berkaitan cinta yang tercela seperti yang disebut di dalam al-Quran:

“Dan adapun yang orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabbnya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”

                                                                             (surah an-Naziat: 40-41)


So,salah ke meraikan perasaan cinta yang Allah bagi pada kita?

Tentu sekali tidak salah, Tapi perlu kena pada caranya =)

Alangkah baik seandainya cinta yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk Mahabbah berbanding Hawa. Ada satu petikan daripada kata-kata Pengerusi Majlis Ulama’ Sedunia tentang Berinta sebelum nikah. 


“Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.”

                                             (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Mufti Global)

Ermm, saya rasa sudah amat jelas jawapan Prof Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kan. Bagi saya sendiri Allah tidak kurniakan rasa cinta itu begitu sahaja tanpa peraturannya. Melihat keagungan cinta sendiri ternyata kewujudan CINTA memang tidak sia-sia. Kerana cinta kita lahir kedunia di atas pengorbanan cinta seorang ibu yang bersusah-payah melahirkan dan membesarkan kita. Begitu juga dalam kehidupan, kita bergantung kepada rasa cinta, maka wujudlah kasih-sayang  sesama manusia. 

Kerana martabat CINTA itu tinggi, janganlah pula kita merendahkannya. Jika nikmat cinta cukup besar di mata kita, Bagaimana pula CINTA Allah terhadap kita ya? Dan renunglah sejenak, Bagaimana pula kita membalas CINTA tersebut? 



"...wahuwa ma'akum ayna maa kuntum……"

..Dia ALLAH bersama kalian dimanapun kalian berada..."









Khabaran Cinta Sang Pencipta


Kisah ini berlaku pada insan bernama Nur. Pada tahun 2010. Nur merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah MRSM. Keputusan yang cemerlang dalam PMR membolehkan Nur masuk ke MRSM. Nur menjadi harapan kedua ibu bapa untuk mendapatka keputusan yang lebih baik dalam SPM. Malangnya, impian Nur berkecai apabila dia memperoleh tidak seperti yang diimpikan.

Waktu itu, Nur terasa sangat kecewa. Dia mengurungkan diri di dalam kamar dan terasa seolah perjalanannya dalam menimba ilmu sudah tamat. Dia terasa sesal dan menyalahkan diri sendiri. Datang perasaan benci membuat keputusan berpindah sekolah dan masuk ke sekolah barunya itu. Mungkin, di sana dia tidak mampu menyesuaikan diri membuatkan keputusan pelajarannya sedikit merosot. 

Tapi segalanya sudah terlambat. Sering meniti di bibir mulut Nur, sebal yang amat dengan tindakan masuk ke MRSM. Tanpa diduga sikapnya itu didengari oleh seorang sahabatnya. Mungkin Nur sedikit menyalahkan takdir dan sukar menerima kenyataan. 

'' sampai hati awak cakap macam itu. Banyak yang saya belajar di MRSM ni. Tentang persahabatan, kasih sayang dan kesetiaan. Mungkin keputusan SPM saya tak seperti yang saya harapkan. Tapi saya tak akan menitiskan air mata. Sebab Allah telah merancang yang terbaik untuk saya. Mungkin Allah tak mahu saya bersikap Riak. Nur tahu tak, dengan sikap riak tidak akan membawa kita ke syurga. Apalah sangat SPM, bukannya tiket yang bawa kita ke syurga sehingga kita ingin menitiskan air mata dan putus harapan sebegini. Bukankah Allah dah mengirimkan sahabat-sahabat yang terbaik untuk Nur di sini. Sahabat yang tak pernah tinggalkan Nur walau dalam apa keadaan sekalipun. Nur sepatutnya lebih bersyukur. Bukan semua dapat meneruskan perjalanan di MRSM, Tapi Allah pilih Nur. Bukan Allah nak buat Nur sedih dengan mentakdirkan hal sebegini terjadi dalam hidup Nur. Tapi, ini adalah satu daripada perancangan indah Allah buat Nur. Nur kena yakin, bahawa penghujungnya ialah sebuah kebahagian''. 

Nur terdiam seakan baru tersedar dari lamunan yang panjang. Nur kini mampu mengelap air mata dan mengukir senyuman. Dia menyingkap kembali, anugerah yang telah Allah kurniakan untuknya. Kejayaan yang telah Allah izinkan dia gapai sehinggalah sekarang. Malah nafas yang dia hirup dan segala anggota yang dipinjamnya masih milik Allah. Baru sedetik Allah menguji dengan Result SPM terus dia berputus-asa dan melupakan segala kebaikan Allah selama ini. Ya Allah, betapa aku ini hamba yang tidak bersyukur, keluh Nur sendirian. 

Nur menghitung dengan berapa orang yag terbaik telah Allah pertemukan dia di sini. Allah takdirkan dia meneruskan langkah di tempat baru untuk dia bertemu dengan orang-orang yang jauh lebih baik untuknya, sahabat yang paling setia dan mencipta kenangan manis bersama. Nur lebih dekat dengan sang pencipta dan lebih mengenal sinar islam sebenar dalam kehidupan.

Benarlah, kehidupan masih berjalan sewaktu Nur fikirkan bahawa itu adalah titik penghujungnya. Nur cuba bersikap dewasa dan bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Tanpa diduga, Nur menerima tawaran masuk ke Universiti. Allah memilih dan mengatur jalan yang terbaik untuknya. Malah ada diantara kawan-kawan Nur yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak mendapat tawaran. Nur dikira bernasib baik. Semuanya ialah berkat pertolongan dari Allah subhanahu wataala. 

Kisah ini bukan ingin membanggakan kisah Nur, cuma ingin berkongsi bahawa apa yang kita sangka baik belum tentu terbaik untuk kita, Malah Allah Maha mengetahui segalanya. Di saat manusia sedang merancang, Allah juga merancang. Ketahuilah sebaik perancangan ialah aturannya Allah. Kita terkadang tidak sedar Allah sedang mengkhabarkan kita tentang cinta melalui permasalahan. Supaya kita sempat merenung kembali kesilapan lalu dan lebih dekat dengan Allah. 

Sahabat yang baik akan menegur kesilapan kita dan membawa kita kepada kebenaran . Itulah nikmat bersahabat kerana Allah. Sahabat sedemikian tidak ternilai harganya dan peneman diwaktu kita resah dan gelisah. Allah sangat baik dan sering memberi khabaran cinta kepada kita. Mungkin kita saja terlepas pandang dek taksub dengan keindahan duniawi. 

Jadi janganlah bersedih. Sentiasa bersangka Baik dengan Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi. Kembalilah kepada Allah tatkala nafas sesak dengan permasalahan dunia yang membebani, Kepadanyalah kita kembali dan memohon pertolongan. Semoga dengannya akan membuat hati kita lebih tenang.  InsyaAllah = )

Banyakkan membaca Al-Quran, Di dalamnya terisi
Khabaran Cinta dari sang Pencipta = )

Ikhlaskah Aku Berubah? (^^,)v


Sesuatu amal kalau kita buat selain dari mengharapkan redha Allah, tiada ubah ibarat debu-debu yang berterbangan je kan. So, The point here is, Ikhlas Niat tuh penting = ). 

Ada yang nak berubah for the Better and we should congratulated them for the steps they had taken. Tapi, kerana apa mereka nak berubah? Kerana CINTA kepada seseorang insan, dan si jejaka tersebut berjanji akan membimbing dia ke arah kebaikan. But, itu cinta sebelum kahwin... Ops, Then how?

CINTA SEBELUM AKAD TAK ADA DALAM ISLAM.Itu adalah cara barat yang kita ikut dan islam tak pernah ajar umatnya perkara seperti itu dan yang ada hanyalah bertunang. Tapi, dia nak berubah menjadi lebih baik. Nak join Usrah, Baiki kekurangan diri, Nak tahu banyak soal agama dengan lebih dalam lagi. Bukankah itu boleh bawa dia ke arah kebaikan?? Don't you see that?

Hm.. Jangan fikir selapis je. Bukan nak perlekehkan niat dia. Apapun kita kena bersangka baik kan.Siapa kita nak menilai orang lain . Tapi seeloknya ubah niat tu, Bukan kerana LELAKI ITU.. Tapi, buatlah semua ni demi ALLAH. 

'' seandainya, dia tinggalkan kamu. Adakah masa tu kamu masih istiqamah nak berjalan pada jalan ini yang penuh berliku? Adakah kamu akan kembali ke takuk lama? Meninggalkan niat kamu seiring peninggalan Si dia dari hidup kamu??''

Lakukanlah demi Allah. Jangan kita cemari agama kita dengan kepentingan peribadi. Berselindung baik disebalik agama yang suci. Dalam Islam, bercouple itu sudah dilarang, bagaimana mungkin dia ingin membimbing kita, sedangkan dia sendiri yang mengajak kita kearah kemungkaran. 

Carilah insan yang sama fitrah untuk membimbing kita, bukankah lebih terpelihara?. Maksudnya BERSAHABATlah dengan orang-orang yang baik. InsyaAllah, matlamat mereka sama, iaitu ingin mengapai redha Allah dan mengisi ruang Jannah bersama-sama dengan sahabat mereka, Jadi mereka tidak akan melepaskan ikatan ukhwah dan membiarkan sahabatnya terkapai-kapai dalam lautan kemungkaran.

Tapi... kami tak jumpa pun. Cuma mesej dan call jep. = )

Mesej tanpa keperluan, Chatting tanpa urusan dan Telefon tanpa tujuan.  Bagaimana kalian ingin menjaga hati yang sering terusik dengan bisikan CINTA tu? Syaitan ada banyak cara nak jerumuskan kamu. Dengan liciknya dia membuat kamu memandang baik sesuatu yang dilarang hanya dengaPn memberi kamu suntikan keasyikan dalam dunia PERCINTAAN.  Jika jujur dan benar kamu cintakan dia, 

JAGA HATIMU DAN BANTU DIA JAGA IMANnya.

Memang susah nak berubah secara drastik. Senang cerita kurangkan kekerapan mesej bersama muslimin itu. Berhubung bila perlu sahaja dan bersederhana. Kalau sebelum ini setiap hari kita send message , Mulai sekarang cuba tahan selama seminggu. Lihat, tahap keihlasan kita berubah. Sama ada kita masih mampu istiqamah atau tidak untuk berubah atau semata-mata dorongan dari si DIA sahaja.

Mungkin boleh cuba, dan lihat dalam Jangka masa tersebut, kita masih mahukan kebaikan atau terasa lemah untuk meneruskan perjuangan kita.  Cinta itu tidak haram, tetapi cara kita terkadang salah dalam mengenal cinta. Kapel pula memang tak ada dalam islam, zaman nabi mana ada kapel tapi itu adalah ikutan budaya dari barat. 

 Cuba lihat mampu atau tidak anda lakukan. Semoga dengan cara ini, kita dapat perbaiki niat keikhlasan kita dan menuju kearah keredhaanNya. Sekalipun bukan berlaku pada kita, tapi sahabat disekeliling kita diuji dengan permasalahan ini, maka bantulah dia keluar dari kemelut itu. Soal dia ikhlas atau tidak, Itu urusan DIA dengan ALLAH sahaja. Kita bukan pemilik HIDAYAH kan? Tapi kita bertanggungjawab untuk sokong dia kearah kebaikan.. InsyaAllah.. = )

Bersahabat Till Jannah = )


Tuesday 3 July 2012

Antara 5 Sikap Buat Orang Tak suka (^^,)v



Dalam hidup ni ada beberapa sikap manusia yang bagi saya agak keterlaluan. Kadang-kadang memang la kita pujuk hati ni, Setiap orang ada pelbagai ragamnya kan dan kita tak boleh nak anggap semuanya sama seiring dengan kehendak kita je kan.. so, kita tak boleh terlalu menilai dan memilih kawan. Nope! sejak akhir-akhir ni, memang saya terasa yakin yang kita memang kena memilih kawan kita. 

1. Kawan mencerminkan siapa kita. Memang la kita cakap,'' itu dia..bukan kita''. Tapi sampai bila kita 
    boleh jamin yang sikap tu tak menular meresap ke dalam diri kita.

2. Kawan ni nak jadi tempat kita bergantung dan memberi 100% kepercayaan. Kalau kawan pun macam 
    lalang, sekejap masuk side kita, sekejap heboh keaiban kita.. So, macam ni ke kita nak buat kawan?

3. Kawan ni orang yang kita sayang, kadang-kadang ada yang sampai lebih sayangnya dari diri sendiri. Dia 
    sanggup berada di sisi kita time susah dan senang, bukan masa hari blackout kita dia kelam kabut lari.. 

Ada beberapa jenis sikap yang agak menjengkelkan, Yup.. Jenis macam ni memang susah sikit orang nak dekat. Even tak dinafikan, memang la ada kebaikan pada dia, Cuma SUSAH orang nak dekat, bukan maksudnya langsung TAK ADA ye.. = )

1. Terlalu memuji diri. 
    Bila dah cakap tuh, macam dah tak ingat dunia. Asyik puji diri jep. '' sepatutnya saya dapat tinggi lagi  
    ni, tapi sebab sibuk kan, tak sempat nak cover betul-betul tajuk yang lepas.'' Hm.. kalau dah macam 
    tu, study la awal-awal kan.. jangan tunggu last minit jep. =P

2. Ikut mood dia jep =P
    Sekejap dia OK, Wahh, time ni senyum punyalah manis. Tup tup, Mood dia berubah( atas sebab-sebab  
    tertentu ), Hah, time nih senang dia nak maki orang suka hati dia je. 

3. Fikir Diri sendiri sahaja 
    Masalah sendiri ibarat dia menanggung seluruh bebanan rakyat malaysia ni sampai orang MESTI dengar   
    dan BERFIKIR sama penyelesaiannya. Orang lain akan terseret secara PAKSA- RELA dalam konflik 
    rumah-tangga dia. = (

4. Berpura-pura dalam segala Hal
    Ni satu masalah yang sukar, sebab dia bukan menjadi diri dia. '' Ala result saya rendah la, sedihnya.. ''
    Padahal, result dia lah yang paling gempak di situ. Hm.. cubalah bersyukur sikit. Orang lain pun sedih juga, 
    xde la nak heboh-heboh satu kelas.

5. Suka Menipu dan DJ Radio.
    Sekejap dia datang dengan cerita versi Tamil, sekejap datang dengan Versi Cina pula. Susah nak pakai 
    maklumat yang disampaikan oleh dia. Banyak sangat mitos yang ditokok-tambah. Jadi pula DJ 
    Radio, yang menyebar maklumat terkini di sekeliling anda.. so, kalau anda jadi bahan ceritanya, Tentu 
    anda akan terasa amat BAHAGIA kan =,=''

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi setakat ni, ada 5 list sikap yang JELAS buat orang tak suka. Lepas tuhh, mula la nak hairan dan sedih-sedih, '' kenapa la orang tak mahu kawan dengan aku'' Hm.. sebab sikap kita sendiri la.. So fikir-fikirkanlah = )

Peace no war, okay (^^, )V