Blogger Widgets ALLAH ItU DeKaT ( ^^, ): Sebagai sahabat, saya bangga

Wednesday 1 August 2012

Sebagai sahabat, saya bangga

KISAH: HIJRAH



Saya ada kisah tentang seorang sahabat saya. Saya kenal dia... katakanlah namanya A. Saya kenal A sewaktu saya masuk Asasi di UPM. Apa yang saya mula-mula ingat peristiwa bertemu dengannya sewaktu sesi orientasi pelajar baru di dewan Besar kolej 13. A ni seorang chinese-muslim. Waktu sesi orientasi, semua tak sangka yang dia muslim memandangkan dia berada dalam satu kumpulan pelajar chinese yang lain. Dia yang betulkan tanggapan salah orang ramai, '' saya chinese.. chinese muslim. '' 

Tak sangka, selepas itu kami sekelas. Dia pula ditempatkan sebilik dengan pelajar muslim, jadi boleh dikatakan pergaulan dia juga seharian banyak dihabiskan dengan muslimah yang lain juga. Dia agak rancak berbual dan sangat peramah. Kami semua sangat senang dengan A dan sayangkan dia. 

Masuk ke SEM akhir asasi, saya kerap kali terserempak dengan A di surau. Sebelum ni, A lebih gemar solat dibilik berbanding turun ke surau. A banyak membelek-belek buku agama, dan bertanya tentang apa yang dia kurang faham tentang hukum dalam Islam dari para sahabiah yang lain. Kadang-kadang A sambil berseloroh mengenakan tudung dan jubah. Sangat ayu sekali. Alangkah baiknya jika A menjadikan semua tu satu realiti. Jauh disudut hati kadang-kadang berharap sedemikian.

Kami semua tamat asasi, tiba-tiba... kami menerima satu khabar gembira. A benar-benar meneruskan niatnya untuk bertudung sepenuh masa. Alhamdulillah.. Bila Allah ingin menyentuh hati seseorang hamba dengan hidayahnya, Dia akan melembutkan hati hambanya supaya tertarik untuk lebih dekat kepadanya. A lebih menjaga penampilan dan sangat mementingkan soal aurat sekarang. 

Kata A : Dulu memang dia tidak mementingkan soal aurat, tapi sebagai seorang islam ( muslim ) dia seakan berperang dengan diri sendiri, melawan sebuah kenyataan kehidupan. Dia muslim tetapi enggan menurut perintah dan suruhan Allah. Kini, bila dia berhijab dan menutup aurat dengan sempurna, bila dia melihat orang lain mendedahkan aurat...dia rasa malu. Macam tu ke orang pandang aku dulu. sebagaimana dulu dia tak endah akan pandangan orang lain tatkala dia tak berhijab, kini dia juga tak kisah akan pandangan orang lain atas tindakan dia untuk berhijab. InsyaAllah kekal.

Asal niat A ingin berhijab waktu dia dah habis belajar, maksudnya Alam pekerjaan. Alhamdulillah Allah permudahkan dan per'awalkan niat dia. Bagaimana pula kita? sudahkah kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi, saban hari ramai yang saya dengar telah membuat perubahan dan penghijrahan ke arah yang lebih baik.. satu permulaan dan khabar yang amat mengembirakan kita semua. 

Melihat penghijrahan ke atas sahabat-sahabat kita..ayuhlah kita perbaiki dan koreksi diri kita pula.. semoga kita menjadi muslimah yang diredhai Allah.. InsyaAllah.. Aamiin.. ~


No comments:

Post a Comment