Blogger Widgets ALLAH ItU DeKaT ( ^^, ): Berkorban Demi Cinta

Wednesday 4 July 2012

Berkorban Demi Cinta

CINTA. Manusia boleh jadi macam-macam kerana Cinta kan? Ada yang sanggup menjadi hamba cinta dan begitu taat kepada apa yang dicintainya. Gambaran cinta sebenarnya cukup indah dan amat luas. Tetapi manusialah juga yang menyempitkan maksud cinta, malah sanggup mengotorinya demi kepentingan diri sendiri. Ya, Cinta itu tidak buta, Tetapi manusialah yang membutakan cinta sebenarnya. 

Ada maksud cinta yang cukup indah dipetik daripada Filem Ketika Cinta Bertasbih :
Ketika Mbak Husna, ditanya tentang cinta:


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis menjadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sehat,
Mengubah kikir jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibah.
Itulah cinta…!


Subhanallah, cukup indah sekali kan tafsiran cinta, kerana hakikatnya cinta akan merubah sesuatu kepada kebaikan. Lihat betapa kuatnya kuasa cinta. Apa itu sebenarnya cinta Ya, sehingga CINTA dikatakan boleh mengubah segalanya.  Kalau kita bertanya kepada Encik Wiki tentu sekali panjang huraian tentang cinta sehingga kadang-kadang kita pun naik keliru kan. = )

Lahirnya pelbagai tafsiran tetang cinta dan berbeza di setiap pandangan insan. Bagi saya, cinta itu Al-Muhabbah, iaitu kasih sayang. Kerana cinta seseorang berkecenderungan menyerahkan diri, nyawa, dan harta terhadap apa yang dicintainya. Mereka sanggup menjadi hamba terhadap apa yang dicintaiNya. Begitulah keagungan cinta seorang hamba kepada penciptanya. 

Tetapi, ada manusia yang menjadikan cinta itu sebagai Hawa, iaitu gabungan Hasrat, Nafsu dan keingginan. 
Hawa juga antara istilah cinta daripada 50 yang disebut Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Seringkali hawa dikaitkan dengan cinta berkaitan cinta yang tercela seperti yang disebut di dalam al-Quran:

“Dan adapun yang orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabbnya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”

                                                                             (surah an-Naziat: 40-41)


So,salah ke meraikan perasaan cinta yang Allah bagi pada kita?

Tentu sekali tidak salah, Tapi perlu kena pada caranya =)

Alangkah baik seandainya cinta yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk Mahabbah berbanding Hawa. Ada satu petikan daripada kata-kata Pengerusi Majlis Ulama’ Sedunia tentang Berinta sebelum nikah. 


“Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.”

                                             (Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Mufti Global)

Ermm, saya rasa sudah amat jelas jawapan Prof Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kan. Bagi saya sendiri Allah tidak kurniakan rasa cinta itu begitu sahaja tanpa peraturannya. Melihat keagungan cinta sendiri ternyata kewujudan CINTA memang tidak sia-sia. Kerana cinta kita lahir kedunia di atas pengorbanan cinta seorang ibu yang bersusah-payah melahirkan dan membesarkan kita. Begitu juga dalam kehidupan, kita bergantung kepada rasa cinta, maka wujudlah kasih-sayang  sesama manusia. 

Kerana martabat CINTA itu tinggi, janganlah pula kita merendahkannya. Jika nikmat cinta cukup besar di mata kita, Bagaimana pula CINTA Allah terhadap kita ya? Dan renunglah sejenak, Bagaimana pula kita membalas CINTA tersebut? 



"...wahuwa ma'akum ayna maa kuntum……"

..Dia ALLAH bersama kalian dimanapun kalian berada..."









No comments:

Post a Comment