Blogger Widgets ALLAH ItU DeKaT ( ^^, ): Tanda Amalan Diterima Allah

Tuesday 21 August 2012

Tanda Amalan Diterima Allah

Assalamualaikum

Apa saja yang kita buat dalam hidup ni, kita nak Allah redha kan? Dari sekecil-kecil amalan, hinggalah sebesar-besar perbuatan yang kita buat Allah maha mengetahui segalanya. Sudah pasti kita mahukan amalan kita DITERIMA ALLAH. Itulah harapan yang paling besar dalam hidup kita sementara di atas dunia ni. Kita menantikan balasan yang baik kelak, dihari perhitungan saat semua amalan kita yang diterima Allah akan ditimbang. Ini menjadi penentuan tempat yang selayaknya bagi kita atas amal perbuatan kita dulu.

Contohnya, dalam beribadat kepada Allah, seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.

Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan “bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.

Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.


No comments:

Post a Comment