Blogger Widgets ALLAH ItU DeKaT ( ^^, ): Khabaran Cinta Sang Pencipta

Wednesday 4 July 2012

Khabaran Cinta Sang Pencipta


Kisah ini berlaku pada insan bernama Nur. Pada tahun 2010. Nur merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah MRSM. Keputusan yang cemerlang dalam PMR membolehkan Nur masuk ke MRSM. Nur menjadi harapan kedua ibu bapa untuk mendapatka keputusan yang lebih baik dalam SPM. Malangnya, impian Nur berkecai apabila dia memperoleh tidak seperti yang diimpikan.

Waktu itu, Nur terasa sangat kecewa. Dia mengurungkan diri di dalam kamar dan terasa seolah perjalanannya dalam menimba ilmu sudah tamat. Dia terasa sesal dan menyalahkan diri sendiri. Datang perasaan benci membuat keputusan berpindah sekolah dan masuk ke sekolah barunya itu. Mungkin, di sana dia tidak mampu menyesuaikan diri membuatkan keputusan pelajarannya sedikit merosot. 

Tapi segalanya sudah terlambat. Sering meniti di bibir mulut Nur, sebal yang amat dengan tindakan masuk ke MRSM. Tanpa diduga sikapnya itu didengari oleh seorang sahabatnya. Mungkin Nur sedikit menyalahkan takdir dan sukar menerima kenyataan. 

'' sampai hati awak cakap macam itu. Banyak yang saya belajar di MRSM ni. Tentang persahabatan, kasih sayang dan kesetiaan. Mungkin keputusan SPM saya tak seperti yang saya harapkan. Tapi saya tak akan menitiskan air mata. Sebab Allah telah merancang yang terbaik untuk saya. Mungkin Allah tak mahu saya bersikap Riak. Nur tahu tak, dengan sikap riak tidak akan membawa kita ke syurga. Apalah sangat SPM, bukannya tiket yang bawa kita ke syurga sehingga kita ingin menitiskan air mata dan putus harapan sebegini. Bukankah Allah dah mengirimkan sahabat-sahabat yang terbaik untuk Nur di sini. Sahabat yang tak pernah tinggalkan Nur walau dalam apa keadaan sekalipun. Nur sepatutnya lebih bersyukur. Bukan semua dapat meneruskan perjalanan di MRSM, Tapi Allah pilih Nur. Bukan Allah nak buat Nur sedih dengan mentakdirkan hal sebegini terjadi dalam hidup Nur. Tapi, ini adalah satu daripada perancangan indah Allah buat Nur. Nur kena yakin, bahawa penghujungnya ialah sebuah kebahagian''. 

Nur terdiam seakan baru tersedar dari lamunan yang panjang. Nur kini mampu mengelap air mata dan mengukir senyuman. Dia menyingkap kembali, anugerah yang telah Allah kurniakan untuknya. Kejayaan yang telah Allah izinkan dia gapai sehinggalah sekarang. Malah nafas yang dia hirup dan segala anggota yang dipinjamnya masih milik Allah. Baru sedetik Allah menguji dengan Result SPM terus dia berputus-asa dan melupakan segala kebaikan Allah selama ini. Ya Allah, betapa aku ini hamba yang tidak bersyukur, keluh Nur sendirian. 

Nur menghitung dengan berapa orang yag terbaik telah Allah pertemukan dia di sini. Allah takdirkan dia meneruskan langkah di tempat baru untuk dia bertemu dengan orang-orang yang jauh lebih baik untuknya, sahabat yang paling setia dan mencipta kenangan manis bersama. Nur lebih dekat dengan sang pencipta dan lebih mengenal sinar islam sebenar dalam kehidupan.

Benarlah, kehidupan masih berjalan sewaktu Nur fikirkan bahawa itu adalah titik penghujungnya. Nur cuba bersikap dewasa dan bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Tanpa diduga, Nur menerima tawaran masuk ke Universiti. Allah memilih dan mengatur jalan yang terbaik untuknya. Malah ada diantara kawan-kawan Nur yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak mendapat tawaran. Nur dikira bernasib baik. Semuanya ialah berkat pertolongan dari Allah subhanahu wataala. 

Kisah ini bukan ingin membanggakan kisah Nur, cuma ingin berkongsi bahawa apa yang kita sangka baik belum tentu terbaik untuk kita, Malah Allah Maha mengetahui segalanya. Di saat manusia sedang merancang, Allah juga merancang. Ketahuilah sebaik perancangan ialah aturannya Allah. Kita terkadang tidak sedar Allah sedang mengkhabarkan kita tentang cinta melalui permasalahan. Supaya kita sempat merenung kembali kesilapan lalu dan lebih dekat dengan Allah. 

Sahabat yang baik akan menegur kesilapan kita dan membawa kita kepada kebenaran . Itulah nikmat bersahabat kerana Allah. Sahabat sedemikian tidak ternilai harganya dan peneman diwaktu kita resah dan gelisah. Allah sangat baik dan sering memberi khabaran cinta kepada kita. Mungkin kita saja terlepas pandang dek taksub dengan keindahan duniawi. 

Jadi janganlah bersedih. Sentiasa bersangka Baik dengan Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi. Kembalilah kepada Allah tatkala nafas sesak dengan permasalahan dunia yang membebani, Kepadanyalah kita kembali dan memohon pertolongan. Semoga dengannya akan membuat hati kita lebih tenang.  InsyaAllah = )

Banyakkan membaca Al-Quran, Di dalamnya terisi
Khabaran Cinta dari sang Pencipta = )

No comments:

Post a Comment